Thursday 9 October 2014

Travelling Luggage for Toodler

Bagasi merupakan salah satu peralatan yang sangat penting kepada pengguna yang ingin membuat perjalanan jauh mahupun yang dekat, ini kerana bagasi dapat mepermudahkan pengguna membawa barangan atau pakaian yang berat terutama ketika berada di lapangan terbang.
Penyelidikan ini dilakukan untuk mengkaji berkenaan bagasi dan kemudahan kanak-kanak ketika melakukan perjalanan jauh atau dekat yang memerlukan penggunaan bagasi. Penyelidikan ini bertujuan untuk mempermudahkan lagi pengguna yang membawa kanak-kanak dengan menyediakan ruangan tempat duduk sementra yang mengutamakan keselamatan.

Permasalahan
  • Sukar membawa atau menjaga kanak-kanak ketika membawa bagasi atau barang yang banyak.
  • Sukar mengambil barangan kanak-kanak ketika berada di kawasan yang ramai orang
  • Kanak-kanak cepat penat kerana berjalan di tempat yang luas/jauh.
  • Tempat awam kebanyakanya tidak menyediakan tempat duduk untuk kanak-kanak. 

Objektif

1.      Mengenal pasti bagasi dan ruangan tempat duduk kanak-kanak.
2.      Menganalisis material yang lebih tahan lasak dan dapat menampung berat kanak-kanak.
3.      Merekabentuk bagasi berdasarkan permasalahan pengguna.
4.      Membuat validasi produk yang mengutamakan keselamatan pengguna.

Wednesday 8 October 2014

Pada minggu kelima saya dikehendaki menukar tajuk untuk penyelidikan tahun akhir ini. Tajuk yang penyelidikan yang baru ialah "Luggage for Toodler". Luggage ini merupakan bagasi yang mempunyai ruangan tempat duduk sementara kepada kanak-kanak. Pekara ini mempermudahkan lagi pengguna bagasi membawa kanak-kanak tanpa perlu mendukung atau memimpin kanak-kanak terutama ditempat yang mempunyai ramai orang seperti lapangan terbang, terminal bas dan sebagainya.

Visual Research

    

                   

              



                                   








Thursday 2 October 2014

Tugasan Minggu keempat...

Pada minggu keempat kami telah dibahagikan kepada supervisor masing-masing. Supervisor yang telah ditetapkan untuk saya ialah Puan Maizatul. Kami dikehendaki mendapatkan maklumat melalui sumber bertulis seperti internet,buku ilmiah,jurnal dan sebagainya. Selain itu,saya juga dikehendaki menyiapkan proposal serta gantt chart untuk disemak oleh supervisor.


GANTT CHART