Friday 19 September 2014

Tugasan Pertama untuk Projek Tahun Akhir (Industrial design)


      Tugasan pertama untuk menghadapi Projek Tahun Akhir ialah kami sebagai pelajar Seni Reka Perindustrian Universiti Malaysia Sarawak dikehendaki mencari tajuk serta idea untuk dikemukakan kepada Pensyarah kami. 10 tajuk dan idea telah dikemukan dan salah satu daripadanya telah menjadi pilihan pensyarah untuk dijadikan Projek Tahun Akhir.

     Tajuk  yang telah dikemukan dan yang telah diterima ialah untuk mengkaji material serta menginovasikan semula  "Kasut Keselamatan Bengkel". Melalui pemerhatian yang telah dibuat kebanyakan kasut keselamatan yang terdapat dibengkel mempunyai beberapa kelemahan seperti berat dan tidak sesuai dipakai oleh kaum perempuan dan boleh menimbulkan sakit sendi/otot sekiranya dipakai terlalu lama. Pekara ini melibatkan material yang digunakan.

    Selain itu,kebanyakan kasut keselamatan bengkel berwarna gelap dan suram. Pekara ini boleh menimbulkan bahaya kepada pengguna.Kasut keselamatan yang terdapat dibengkel juga kebanyakannya susah dipakai dan menggunakan jenis  yang bertali dan pekara ini menyukarkan pengguna.

   Walaubagaimanapun,matlamat utama mengenai kasut keselamatan ini ialah untuk menjadikan kasut keselamatan bengkel ini menjadi lebih ringan dengan mencuba material yang lebih baik, menarik,rekaan yang lebih terkini,selesa dipakai dan yang paling penting dapat melindungi kaki pengguna daripada terdedah kepada bahaya.