Tajuk yang telah dikemukan dan yang telah diterima ialah untuk mengkaji material serta menginovasikan semula "Kasut Keselamatan Bengkel". Melalui pemerhatian yang telah dibuat kebanyakan kasut keselamatan yang terdapat dibengkel mempunyai beberapa kelemahan seperti berat dan tidak sesuai dipakai oleh kaum perempuan dan boleh menimbulkan sakit sendi/otot sekiranya dipakai terlalu lama. Pekara ini melibatkan material yang digunakan.
Selain itu,kebanyakan kasut keselamatan bengkel berwarna gelap dan suram. Pekara ini boleh menimbulkan bahaya kepada pengguna.Kasut keselamatan yang terdapat dibengkel juga kebanyakannya susah dipakai dan menggunakan jenis yang bertali dan pekara ini menyukarkan pengguna.
Walaubagaimanapun,matlamat utama mengenai kasut keselamatan ini ialah untuk menjadikan kasut keselamatan bengkel ini menjadi lebih ringan dengan mencuba material yang lebih baik, menarik,rekaan yang lebih terkini,selesa dipakai dan yang paling penting dapat melindungi kaki pengguna daripada terdedah kepada bahaya.
No comments:
Post a Comment