Thursday 13 November 2014

Analisa Kaji Selidik

Analisa kaji selidik merupakan hasil dapatan daripada pengumpulan data yang telah dijalankan dalam metodologi kajian yang telah dilakukan. Kaedah kajian yang telah dilakukan bagi mendapatkan maklumat adalah melalui kaedah pemerhatian di kawasan lapangan terbang,bas sentral serta di kedai-kedai yang menjual bagasi. Selain itu, penyelidik juga telah mengedarkan borang soal selidik di kawasan pemerhatian bagi mendapatkan maklumat daripada responden yang mempunyai anak. Tempat-tempat yang telah menjadi pilihan penyelidik ialah di Lapangan terbang Antarabangsa Kuching, Kuching Sentral, Petaling Street,Kuala Lumpur serta Kedai bagasi yang terdapat di sekitar Kuching


Wednesday 12 November 2014

Metodologi Kajian


Metodologi kajian yang telah dijalankan ialah melalui kaedah pemerhatian, pengalaman serta kajian. Metodologi kajian merupakan asas yang paling penting bagi menyelesaikan masalah dalam penyelidikan. Melalui kaedah ini penyelidik dapat mengumpulkan maklumat penyelidikan dengan mudah dan sistematik. Penyelidikan dan data yang dikumpulkan perlulah tepat agar permasalahan dalam kajian dapat diselesaikan.

PENGUMPULAN DATA

Kaedah Pemerhatian
            Kaedah pemerhatian merupakan salah satu kaedah yang telah digunakan oleh penyelidik dalam menyiapkan proses penyelidikan ini. Pemerhatian telah dilakukan di kawasan Lapangan terbang,antara lapangan terbang yang menjadi pilihan ialah Lapangan terbang Antarabangsa Kuching serta Lapangan terbang Antarabangsa Kuala Lumpur. Ketika berada di lapangan terbang penyelidik telah mengenal pasti dan melihat beberapa permasalahan yang berlaku kepada pengguna bagasi. Permasalahan yang ada ialah pengguna yang membawa kanak-kanak kelihatan sukar mengawal anak-anak mereka kerana membawa bagasi serta barangan yang lain. Selain itu, kanak-kanak juga dilihat bermain-main dengan troli yang ada di kawasan lapangan terbang. Hal ini boleh membahayakan mereka kerana saiz troli lebih besar daripada saiz badan mereka dan pekara ini juga boleh menimbulkan bahaya kepada mereka.
            Selain itu, penyelidik juga telah membuat pemerhatian di kawasan bas sentral seperti di Kuching Sentral dan juga Putrajaya sentral. Penyelidik dapat melihat beberapa jenis bagasi yang menjadi pilihan kanak-kanak untuk dibawa. Sebahagian daripada kanak-kanak memilih bagasi yang mempunyai karakter-karakter kartun kegemaraan mereka.
Pemerhatian juga turut dilakukan di kawasan kedai yang menjual bagasi sebagai contoh di Petaling Street Kuala Lumpur terdapat banyak rekaan bagasi kanak-kanak yang menarik serta harga yang berpatutan. Penyelidik juga turut membuat pemerhatian di kedai bagasi yang terdapat di sekitar Kuching seperti The Spring,Summer mall dan sebagainya. Ketika berada di Lapangan terbang Antarabangsa Kuching ,,penyelidik turut membuat pemerhatian di kedai bagasi yang terdapat disana.  Kebanyakan bagasi yang dijual pada harga yang mahal adalah bagasi yang mempunyai tahap kualiti yang sangat baik serta tahan lasak.

 Kaedah Fotografi          
        Kaedah fotografi merupakan salah satu kaedah penyelidikan yang telah dibuat. Fotogarafi merupakan salah satu cara penyelidik mengumpul data-data dengan mengambil gambar ketika pemerhatian dilakukan di Lapangan terbang,Stesen bas serta di kedai-kedai bagasi. Kaedah fotografi dapat memastikan gambar-gambar di kawasan kajian dapat diambil untuk tujuan rujukan penyelidik dalam menghasilkan reka bentuk. Kaedah ini dapat melengkapkan lagi penyelidikan yang akan dibuat. Penyelidik menggunakan kamera digital untuk merakamkan serta membuat perbandingan reka bentuk , konsep rekaan serta permasalahan yang telah dikenalpasti sepanjang pemerhatian di kawasan kajian.

 Kaedah Soal Selidik
           
         Kaedah ini dilakukan dengan mengedarkan borang soal selidik di kawasan awam kepada Ibu bapa atau penjaga kanak-kanak untuk mendapatkan maklumat yang tepat. Sebanyak 100 salinan borang soal selidik disediakan bagi mendapatkan maklum balas daripada responden dan mengumpul data kajian. Borang soal selidik ini mempunyai 4 bahagian iaitu Bahagian A (demografi) , bahagian B kajian produk yang sedia ada, bahagian C ialah Kajian rekabentuk dan bahagian D meliputi jenis-jenis dan peralatan.
          Kaedah Likert Scale dilakukan untuk mempermudahkan lagi responden menjawab borang soal selidik dan memberitahu sejauh mana persetujuan mereka.

Contoh  Likert Scale
1
2
3
               4
5
Sangat tak setuju
Tidak setuju
Tidak Pasti
Setuju
Sangat Setuju

        
        Bahagian A merupakan kajian demografi yang melibatkan jantina,umur,bangsa,bilangan anak serta kawasan kajian. Kajian ini dapat memastikan penyelidik dapat mengetahui maklumat demografi responden. Bahagian B pula yang meliputi kajian produk yang sedia ada merupakan penyelidikan mengenai pengalaman responden dalam penggunaan bagasi. Pekara ini sangat penting bagi memastikan penyelidik memperolehi pendapat mengenai produk yang sedia ada. Sebagai contoh berkenaan compartment , ketahanan ,cara pengendalian dan sebagainya.
        Bahagian seterusnya ialah bahagian C ,bahagian ini penyelidik menyediakan soalan berkenaan kajian reka bentuk yang menjadi pilihan pengguna. Bahagian ini meliputi soalan berkenaan konsep rekaan,jenis rekaan,ciri-ciri rekabentuk, material ,warna, corak dan sebagainya. Persoalan ini ditanya bagi mendapatkan jenis rekaan yang sesuai atau tepat untuk kanak-kanak. Seterusnya adalah bahagian D merupaka soalan berkenaan dengan jenis-jenis dan peralatan yang perlu dibawa oleh kanak-kanak dan yang akan dibawa untuk kanak-kanak oleh ibu bapa. Persoalan ini diajukan bagi mengenalpasti compartment apakah yang perlu ada dalam rekaan bagasi yang akan dihasilkan.

Kaedah mendapatkan maklumat melalui Sumber bertulis

Buku-buku ilmiah
  •  Designed for kids by Thames & Hudson
  • Deconstructing Product designed by William Lidwell and Gerry Manacsa
  • Process 50 Product designs from concept to manufacture
Internet



Borang Soal Selidik

Borang Soal selidik ini disediakan bagi mendapatkan maklumat pengguna untuk dianalisis. Melalui maklumat yang diberikan dapat membantu penyelidik menghasilkan reka bentuk mengikut kemahuan pengguna. Sebanyak 100 salinan borang soal sellidik telah diedarkan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching , Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) , Putrajaya Sentral serta Kuching Sentral. Kebanyakan Borang Soal selidik ini diberikan kepada responden yang membawa kanak-kanak bersama mereka.