Metodologi kajian yang
telah dijalankan ialah melalui kaedah pemerhatian, pengalaman serta kajian.
Metodologi kajian merupakan asas yang paling penting bagi menyelesaikan masalah
dalam penyelidikan. Melalui kaedah ini penyelidik dapat mengumpulkan maklumat
penyelidikan dengan mudah dan sistematik. Penyelidikan dan data yang
dikumpulkan perlulah tepat agar permasalahan dalam kajian dapat diselesaikan.
PENGUMPULAN DATA
Kaedah Pemerhatian
Kaedah pemerhatian
merupakan salah satu kaedah yang telah digunakan oleh penyelidik dalam
menyiapkan proses penyelidikan ini. Pemerhatian telah dilakukan di kawasan
Lapangan terbang,antara lapangan terbang yang menjadi pilihan ialah Lapangan
terbang Antarabangsa Kuching serta Lapangan terbang Antarabangsa Kuala Lumpur.
Ketika berada di lapangan terbang penyelidik telah mengenal pasti dan melihat
beberapa permasalahan yang berlaku kepada pengguna bagasi. Permasalahan yang
ada ialah pengguna yang membawa kanak-kanak kelihatan sukar mengawal anak-anak
mereka kerana membawa bagasi serta barangan yang lain. Selain itu, kanak-kanak
juga dilihat bermain-main dengan troli yang ada di kawasan lapangan terbang.
Hal ini boleh membahayakan mereka kerana saiz troli lebih besar daripada saiz
badan mereka dan pekara ini juga boleh menimbulkan bahaya kepada mereka.
Selain itu, penyelidik juga telah membuat
pemerhatian di kawasan bas sentral seperti di Kuching Sentral dan juga
Putrajaya sentral. Penyelidik dapat melihat beberapa jenis bagasi yang menjadi
pilihan kanak-kanak untuk dibawa. Sebahagian daripada kanak-kanak memilih
bagasi yang mempunyai karakter-karakter kartun kegemaraan mereka.
Pemerhatian juga turut
dilakukan di kawasan kedai yang menjual bagasi sebagai contoh di Petaling
Street Kuala Lumpur terdapat banyak rekaan bagasi kanak-kanak yang menarik
serta harga yang berpatutan. Penyelidik juga turut membuat pemerhatian di kedai
bagasi yang terdapat di sekitar Kuching seperti The Spring,Summer mall dan
sebagainya. Ketika berada di Lapangan terbang Antarabangsa Kuching ,,penyelidik
turut membuat pemerhatian di kedai bagasi yang terdapat disana. Kebanyakan bagasi yang dijual pada harga yang
mahal adalah bagasi yang mempunyai tahap kualiti yang sangat baik serta tahan
lasak.
Kaedah Fotografi
Kaedah
fotografi merupakan salah satu kaedah penyelidikan yang telah dibuat.
Fotogarafi merupakan salah satu cara penyelidik mengumpul data-data dengan
mengambil gambar ketika pemerhatian dilakukan di Lapangan terbang,Stesen bas
serta di kedai-kedai bagasi. Kaedah fotografi dapat memastikan gambar-gambar di
kawasan kajian dapat diambil untuk tujuan rujukan penyelidik dalam menghasilkan
reka bentuk. Kaedah ini dapat melengkapkan lagi penyelidikan yang akan dibuat.
Penyelidik menggunakan kamera digital untuk merakamkan serta membuat
perbandingan reka bentuk , konsep rekaan serta permasalahan yang telah
dikenalpasti sepanjang pemerhatian di kawasan kajian.
Kaedah Soal Selidik
Kaedah ini dilakukan dengan mengedarkan borang soal selidik di kawasan awam kepada Ibu bapa atau penjaga kanak-kanak untuk mendapatkan maklumat yang tepat. Sebanyak 100 salinan borang soal selidik disediakan bagi mendapatkan maklum balas daripada responden dan mengumpul data kajian. Borang soal selidik ini mempunyai 4 bahagian iaitu Bahagian A (demografi) , bahagian B kajian produk yang sedia ada, bahagian C ialah Kajian rekabentuk dan bahagian D meliputi jenis-jenis dan peralatan.
Kaedah
Likert Scale dilakukan untuk
mempermudahkan lagi responden menjawab borang soal selidik dan memberitahu
sejauh mana persetujuan mereka.
Contoh Likert Scale
1
|
2
|
3
|
4
|
5
|
Sangat
tak setuju
|
Tidak
setuju
|
Tidak
Pasti
|
Setuju
|
Sangat
Setuju
|
Bahagian A merupakan kajian demografi yang melibatkan jantina,umur,bangsa,bilangan anak serta kawasan kajian. Kajian ini dapat memastikan penyelidik dapat mengetahui maklumat demografi responden. Bahagian B pula yang meliputi kajian produk yang sedia ada merupakan penyelidikan mengenai pengalaman responden dalam penggunaan bagasi. Pekara ini sangat penting bagi memastikan penyelidik memperolehi pendapat mengenai produk yang sedia ada. Sebagai contoh berkenaan compartment , ketahanan ,cara pengendalian dan sebagainya.
Bahagian seterusnya ialah bahagian C
,bahagian ini penyelidik menyediakan soalan berkenaan kajian reka bentuk yang
menjadi pilihan pengguna. Bahagian ini meliputi soalan berkenaan konsep
rekaan,jenis rekaan,ciri-ciri rekabentuk, material ,warna, corak dan
sebagainya. Persoalan ini ditanya bagi mendapatkan jenis rekaan yang sesuai
atau tepat untuk kanak-kanak. Seterusnya adalah bahagian D merupaka soalan
berkenaan dengan jenis-jenis dan peralatan yang perlu dibawa oleh kanak-kanak
dan yang akan dibawa untuk kanak-kanak oleh ibu bapa. Persoalan ini diajukan
bagi mengenalpasti compartment apakah yang perlu ada dalam rekaan bagasi yang
akan dihasilkan.
Kaedah mendapatkan maklumat melalui
Sumber bertulis
Buku-buku ilmiah
Buku-buku ilmiah
- Designed for kids by Thames & Hudson
- Deconstructing Product designed by William Lidwell and Gerry Manacsa
- Process 50 Product designs from concept to manufacture
assalammualaikum dan hi. Nak tanya , untuk metodologi terdapat dua kaedah iaitu kaedah kualitatif dan kuantatif dan soalannya adakah dua kaedah ini adalah option?
ReplyDelete